Pusat Pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor pada awalnya berada di Bangunan Sultan Abdul Aziz Samad yang terletak di Kuala Lumpur berhadapan dengan Dataran Merdeka.Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (SSAAS) di Shah Alam mula dibina pada tahun 1997. Pembinaan telah dibuat dengan 2 peringkat. Peringkat pertama mengandungi Podium Utara dan peringkat ke 2 mengandungi Podium Selatan serta Blok Menara.Jumlah luas lantai keseluruhan bangunan ini ialah 578,250 meter persegi. Peringkat pertama yang mengandungi Podium Utara telah siap dan digunakan sejak 1hb Januari 1981. (Sumber dari www.selangor.gov.my)
Memaparkan pelbagai program yang telah, sedang dan akan belaku di Bandaraya Shah Alam.
Segala peristiwa yang berlaku mempunyai nilai tersendiri dan akan dijadikan sebagai sejarah serta kenangan masa akan datang. Sekiranya anda mempunyai barangan yang mempunyai nilai sejarah seperti Gambar, Lukisan, Poster, Dokumen, Pelan, Peta, Carta, Sijil, Pakaian,Cenderamata, Seni Kraftangan dan sebagainya untuk dikongsi bersama boleh berhubung terus dengan saya Nor Asszale Mohd Sahit Mashud, Penolong Kurator MBSA di talian 03-5510 5133 ext 430.