Monday, January 11, 2010

Hari Keluarga PROTON 2010

Tarikh : 09 Januari 2010

Tempat : Kilang PROTON, Seksyen 27 Shah Alam


Dr M, isteri rai Jubli Perak penubuhan syarikat


SHAH ALAM: Kira-kira 20,000 warga kerja Proton Holdings Bhd (Proton) dan ahli keluarga masing-masing memeriahkan Hari Keluarga Proton 2010 di kilang utama pengeluar kereta nasional.
Hari Keluarga Proton itu dirasmikan oleh bekas Perdana Menteri yang juga Penasihat Proton, Tun Dr Mahathir Mohamad. Hadir sama, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali serta pengurusan kanan Proton termasuk Pengerusinya, Datuk Mohd Nadzmi Salleh dan Pengarah Urusan Kumpulannya, Datuk Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir.

Sambutan Hari Keluarga Proton itu lebih bermakna kerana selain sambutan ulang tahun Jubli Perak penubuhan syarikat itu tahun ini, ia juga kali pertama diadakan di kawasan kilang.
Acara yang bermula jam 8.15 pagi itu menampilkan pelbagai aktiviti termasuk gerai permainan, persembahan artis tempatan, pertunjukan pemanduan berprestasi tinggi, Go-Kart dan menunggang kuda.
Lebih menarik, cabutan bertuah turut menawarkan hadiah menarik empat kereta iaitu Proton Persona dan tiga Proton Saga SE.


Hari Keluarga Proton itu turut dimeriahkan dengan perarakan dan pameran 20 kereta Proton yang diubah suai hasil usaha kakitangannya sempena penganjuran Pertandingan Reka Cipta dan Inovasi Proton, tahun lalu.
Pada majlis itu, Dr Mahathir turut menyampaikan anugerah kepada Pengurus Bahagian Unit Kejuruteraan Computer Aided Proton, Noor Hisham Ismail yang memenangi Anugerah Inovasi Asia Pasifik 2009, iaitu satu program pengiktirafan tahunan oleh MSC Software Corporation Computer Aided Engineering (CAE).
Noor Hisham memenangi anugerah itu menerusi kertas kerja yang dibentangkan pada Seminar Asean Virtual Product Development, Ogos tahun lalu yang mana beliau mereka bentuk satu proses ‘computer aided of probababilistic analysis’ yang mampu menilai bahagian berisiko tinggi kegagalan dan memperkemaskan lagi pilihan reka bentuk kejuruteraan.
Hasil ciptaannya berupaya membantu Proton memendekkan lagi masa memasarkan produknya dengan mendapatkan reka bentuk yang tepat sejak proses pertama.

Tun Dr. Mahathir Mohamad & Tun Dr. Siti Hasmah Mohd. Ali hadir sebagai tetamu khas

Pelancaran hari keluarga itu disempurnakan oleh Penasihat Proton, Tun Dr. Mahathir Mohamad.



Pameran Kereta

Para tetamu yang hadir
Nabil Raja Lawak turut hadir mengadakan persembahan














Hari Penguatkuasa Pihak Berkuasa Tempatan Selangor 2010

Tarikh : 09 Januari 2010

Tempat : Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ)



Majlis Pelancaran Hari Penguatkuasa Pihak Berkuasa Tempatan Selangor 2010 telah dirasmikan oleh YAB Tan Sri Dato' Seri Khalid Ibrahim. MBSA turut melancarkan buku prosedur penguatkuasa pihak berkuasa tempatan (PBT) oleh Y.Bhg. Dato' Mazalan bin Md. Noor (Datuk Bandar Shah Alam). Sebanyak 12 PBT Selangor yang turut serta. Selain itu, majlis tersebut juga melancarkan buku arahan tetap penguat kuasa, buku ringkasan undang-undang penguat kuasa PBT, logo integriti penguat kuasa Selangor dan imej baru pakaian seragam penguat kuasa Selangor.


Pelancaran Hari Penguatkuasa PBT Selangor oleh YAB Dato' Menteri Besar Selangor

Datuk Bandar Shah Alam menerangkan buku prosedur kepada YAB Dato' Menteri Besar


Perasmian Logo Integriti





Pakaian Seragam Penguatkuasa PBT Selangor


Sessi Bergambar Dato' Menteri Besar (tengah) bersama Datuk Bandar/YDP dan Pengarah Penguatkuasa Negeri Selangor




Booth pameran MBSA-Bilik Gerakan Bencana



Antara pertandingan yang dipertandingkan di dalam sukan PBT 2010. Bolasepak (atas) dan bola jaring (bawah)